KECEWA DGN PERJALANAN MESYUARAT AGONG TAHUNAN PKR CABANG KUALA SELANGOR

Posted in Rasa Hati Ini on Mac 14, 2010 by awana biru

Selepas pulang dari menghadiri mesyuarat agong tahunan sebentar tadi ini tak berhenti-henti bertanya adakah yang berlaku tadi adalah mesyuarat agong tahunan atau mesyuarat persatuan penduduk?… Atau mesyuarat PIBG sekolah atau mesyuarat Ketua Kampong…. Atau apa-apalah sajelah yg dilabelkan kerana mesyuarat agong ini berjalan tanpa Notis kepada ahli-ahli, hanya hebahan di media cetak. Jadi dimana keberkesanannya mesyuarat ini? Dari awal lagi sudah tidak betul maka perjalanan dan sudah pasti penghujungnya tidak betul… Bukankah pemberian notis (sekurang-kurangnya 14 hari) ini termaktub di dalam perlembagaan parti, bila ditanya jawabnya lain. Apa semua ini??? Ini bukan parti Tupperware la….

Keadaan mesyuarat ini berlangsung tidak teratur, orang ramai keluar masuk dewan sesuka hati, ahli yang baru berdaftar pun dibenarkan masuk. Tiada usul yang dapat diutarakan, tiada usul yg dibincangkan….Microphone pon dijaga? Ape ni??? Mana kebebasan bersuara? Dimana letaknya hak sebagai ahli berdaftar??? Kalau benda ini terus berlaku nampaknya memang sepenggal jelah PKR memerintah Selangor apatah lagi menguasai Putrajaya! Mimpi di tepi sungai yang penuh buaya!

Dikatakan ahli PKR Cabang Kuala Selangor ada dalam 4000++ tapi yang hadir tak sampai 10%, mula-mula pengerusi mesyuaratkata 100 lebih…tiba-tiba ada sorang ni bawa kertas kata ada 300 lebih pulak tapi orang yang terakhir mendaftar masuk ialah ke 241! Jadi yang mana satu yg betul??? Walau ape pon jumlah itu masih kecil dari jumlah ahli keseluruhannya. Dimana salahnya? Sebab notis tidak diberi! Perlembagaan parti campak kt mane??? Notis mesyuarat  agong tahunan untuk tahun 2008 pon tidakdilampirkan sekali.

Ini cabang Kuala Selangor yang diterajui oleh MB Selangor sendiri, pengurusan perjalanan mesyuarat ini amat mengecewakan…. Mesyuarat agong tahunan pon tak boleh handle ker??? Sedih la….

Advertisements

LAWAN TETAP LAWAN

Posted in Akanku Bangkit Menentang! on Januari 23, 2010 by awana biru

Angin bertiup kencang membawa berita gembira bahawa DUN Perak akan dibubar dalam masa terdekat ini, jika benar ianya terjadi maka satu lagi tsunami politik akan berlaku di Malaysia. Rakyat akan terus memberi sokongan pada Pakatan Rakyat untuk meneraju kerajaan negeri, rekod baik Pakatan Rakyat memberi kelebihan untuk mengambil hak mereka kembali yang dirampas oleh kerajaan BN satu ketika dahulu.

Rakyat tidak lagi buta seperti dulu, rakyat tidak lagi memandang pada pembangunan yang akhirnya akan merugikan wang rakyat. Rakyat sudah celik untuk menilai pemimpin yang jujur dan amanah membawa suara keramat rakyat ke muka pengadilan, supaya suara keramat ini didengar dan diberi perhatian. Politik perkauman sempit yang diamalkan oleh BN tidak lagi mendapat sokongan rakyat, badan-badan NGO juga senada dengan rakyat cuma BN yang ‘hidung tak mancung,pipi tersorong-sorong’.

Tak pelah,biarlah mereka dengan amalan korupsi mereka, biar rakyat tengok dan menilai politik kotor mereka itu. Rakyat akan menghukum BN pada pilihanraya DUN Perak nanti, rakyat akan tanam jauh ke dalam tanah BN dan kroni-kroni mereka juga.  Menjadi cacing kepanasan lah jawabnya kroni BN, projek-projek mega tak lagi menjadi milik mereka.

Belum selesai lagi krisis di Perak, mereka bercita-cita ingin merampas Selangor pula. Amalan BN, merampas hak orang lain dan menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat hanya semata-mata untuk kuasa dan membelot segala apa yang ada walaupun tanah sekangkang kera.

Di Selangor Dr. Xavier Jayakumar menjadi sasaran dengan tuduhan menyeleweng wang peruntukan untuk sekolah Tamil, tiga NGO yang mendapat peruntukan itu mengaku menerima dan membelanjakan wang dengan sebaiknya. Salah seorang orang kuat mereka dengan rela hati meminta dirinya disiasat jika perlu, jadi tiada penyelewengan terjadi cuma tuduhan untuk menjatuhkan kerajaan Selangor sahaja.

Selepas itu isu pasir pula dipanaskan sehingga pembantu exco ditahan untuk siasatan tapi umum sudah mengetahui tiada salah laku berlaku, cuma mainan politik kotor sahaja untuk merampas kerajaan Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim. Siapa pula selepas ini? Rakyat ingin tahu apa lagi helah yang akan digunakan oleh BN?

Walau apa pun terjadi pemimpin,ahli dan penyokong PR tidak akan mendiamkan diri. Kami akan bangkit menentang kerajaan BN dengan niat kotornya itu. LAWAN TETAP LAWAN!

Tinted Film

Posted in Rasa Hati Ini on Januari 19, 2010 by awana biru

Dalam berita Arus perdana kecoh tentang ‘tinted film’ gelap atau cermin kereta gelap, sesiapa yang didapati bersalah memakai cermin gelap akan disaman dan kenderaan mereka perlu diperiksa semula. Bunyinya macam agak menggerunkan para pengguna jalan raya yang rata-rata gemar cermin kereta mereka digelapkan untuk tujuan tertentu, samada baik atau tak baik tak dapat dipastikan tapi pihak berkuasa mengatakan bahawa sesiapa didapati menggelapkan cermin kenderaan mereka akan dikenakan tindakan undang-undang tetapi yang peliknya tiada undang-undang atau peraturan atau akta yang boleh mendakwa mereka yang menjual tinted film itu.

Pelik….tiada undang-undang yang boleh menyekat penjual ‘tinted film’ ini, sudah tentu mereka akan meyakinkan pembeli yang barang jualan mereka itu sah disisi undang-undang. Sudah tentu mereka akan cerita yang elok-elok, mereka hanya inginkan keuntungan. Pengguna yang percaya akan membeli tapi bila berhadapan dgn pihak berkuasa,pengguna akan dikenakan tindakan. Pengguna yang akan disalahkan, JUGA.  Tiada undang-undang/akta yang dapat mengelakkan pengguna daripada disalahkan, seolah-olah pengguna berada di tengah-tengah, ditipu oleh peniaga/pengedar dan menanti untuk dikenakan tindakan dari pihak berkuasa. Tanya pada peniaga mereka akan jawab “Saya mana tau,saya jual juga”, tanya pada pihak berkuasa jawabnya “Saya cuma buat kerja saya”

Jadi salahkah pemilik-pemilik ‘spa’,kedai judi komputer,tokey Dvd haram,tokey barangan tiruan??? Mereka hanya menjual atau memberikan dan menyediakan servis yang ‘diperlukan’, salahkah mereka-mereka ini???

Takdir Ilahi atau Salah Manusia?

Posted in Rasa Hati Ini on Januari 18, 2010 by awana biru

Malang memang tak pernah berbau, kalau boleh dihidu bukan malang la namanya tapi kadang-kadang malang boleh menimpa pada seseorang dgn kerap dan bersilih ganti. Mengapa? Adakah ianya takdir atau kebetulan ATAU keturunan? Ada ke malang penyakit keturunan? Entah lah di dunia yang serba moden ini macam-macam boleh jadi. Mengapa kita selalu menyalahkan takdir jika terjadi sesuatu yang tidak diingini, mengapa tidak disalahkan diri sendiri yang lalai dan leka dengan segala suruhanNya.
Allah sentiasa merancang yang terbaik untuk hambaNya cuma manusia sahaja yang tidak perasan atau sedar, bila dilimpahi rezeki mencurah-curah manusia lupa dan alpa. Segalanya diambil mudah, duit banyak. Semua boleh bayar, makan tempat yang ‘high standard’ cerita bab juta-juta, kereta mewah sahaja. Ada ingat pada yang memberi rezeki? Pada insan yang tak senasib dan malang? Memang ada tapi boleh dikira dgn jari, lebih ramai yang akan merasa hidungnya lebih mancung dari jiran sebelah rumah walaupun hidung macam jambu air. Setiap yang hidup pasti mati, setiap yang naik pasti turun malah air sungai yang melimpah-limpah di musim hujan pun akan menjadi kering di musim kemarau. Setelah rezeki ditalik balik maka dah tak ada ‘steak house’, ‘starbucks’ ataupun ‘Merc Benz’, semua yang senang akan jadi susah sebab duit tak cukup untuk menyara diri. Nak kena bayar itu dan ini, bila tak boleh bayar macam-macam benda rumit jadi maka ‘malang’ pun menimpa tanpa belas kasihan. Malang datang tanpa diduga apatah lagi diundang, ianya cuma ujian tapi dianggap malang hanya sebab tidak boleh terima kenyataan diri dah manjadi susah. Inilah ciptaan Allah bernama manusia, bila senang lupa diri bila susah salahkan takdir Tuhan sedangkan Allah menyuruh kita mengubah hidup kita jika mahu sesuatu yang lebih baik atau dihormati jangan hanya duduk dan tunggu orang lain tegur kita serta hormat kita. Kita yang perlu hormat orang lain dulu barulah kita akan dihormati tapi jangan pula jangan terlalu menghormati nanti akan diambil kesempatan pula. Dah nama manusia pantang ada insan lain buat baik ada je akalnya nak pijak kepala. Buat-buat tak sedar Allah melihat setiap inci perlakuannya, baik atau buruk.
Maka jangan lah kita selalu lupa bahawa yang baik itu semuanya datang dari ALLAH dan yang tak baik itu datangnya dari diri kita sendiri.

Perpaduan

Posted in Hak Asasi Manusia with tags on Januari 17, 2010 by awana biru

Malaysia mempunyai pelbagai bangsa, agama dan budaya yg mana kepelbagaian ini berkait rapat dgn kehidupan harian kita. Sebagai orang melayu kita selesa sarapan pagi dgn nasi lemak tapi, ramai juga yg lebih suka lepak di mamak2 walaupun harga di mamak kadang-kadang lebih mahal dr kedai melayu. Takde komplain pon dari kalangan mereka ini bahkan bukan main seronok lagi mereka berborak sakan,bergelak ketawa dan bertepuk tampar. Pada tghari pula kebanyakan orang melayu memang suka makan nasi campur iaitu makanan orang melayu sendiri,macam2 dikunyah dan ditelan. Drpd yang bergoreng sehingga yang berkuah semuanya dimakan dgn rasa senang hati, “duit aku,aku punya pasal” katanya. Makan malam pula ramai diantara orang melayu sukakan masakan western, “mat saleh sket la” katanya lagi tapi ramai juga yang sukekan masakan chinese food seperti ‘char kueh tiaw’.
Jadi sebenarya memang kita memerlukan antara satu sama lain,itu kalau cerita bab makan,kalau cerita bab budaya? Islam ada mengatakan yg umatnya jika berkahwin mesti bersanding? Dari mana datangnya budaya itu? Kenapa tidak ada seorang melayu pun yang tampil mempertikaikannya? Sebab ianya benda elok yang sudah menjadi darah daging bangsa melayu sejak dulu lagi. Tapi mengapa hak empunya budaya ini selalu dinafikan? Selalu kita lihat asal bukan melayu je kita mesti akan merasa ragu2 dan prejudis walaupun mereka hanya ingin lalu je di hadapan kita, pelbagai tanggapan buruk kita lontarkan pada mereka hanya kerana mereka bukan bangsa melayu seperti kita. Saya amat pelik mengapa orang melayu seperti ini, ada disekeliling kita. Tidak bolehkah kita mengambil pendekatan yang lebih bijak jika ada sesuatu hal buruk berlaku?
Ini tidak yang tahu nak bergaduh je,lain takde. Mengapa kita nak bergaduh?? Sebab hati kita diselubungi rasa benci dan iri hati serta prejudis tanpa sebab yang munasabah, masih banyak lagi sikap prejudis ini kalau kita tonjolkan. Terlalu banyak. Persoalannya mengapa kita selalu menafikan hak bangsa lain hanya kerana kita bebangsa melayu sedangkan kita semua memerlukan antara satu sama lain. Jangan jika ianya menguntungkan kita mereka kawan kita tapi jika ianya merugikan ataupun menggugat hak kita,mereka menjadi musuh kita. Kita umat Islam ada hujah, kita berhujah dengan mereka terangkan dengan jelas pendirian kita supaya mereka paham. Dalam masa yang sama jangan menafikan hak mereka sebagai rakyat negara ini.
Sepatutnya Isu kalimah ‘Allah’ tidak menjadi buruk seperti sekarang jika mengikut cara Islam yang betul iaitu hujah, bukannya dgn mengebom tempat ibadat mereka. Islam mewajibkan umatnya menghormati agama serta rumah ibadat mereka, jadilah umat Islam yang sejati bukan Islam hanya di ‘IC’ atau pada nama. Sesungguhnya mereka yang melakukannya itu teramatlah cetek ilmu Islamnya apatah lagi akhlaknya, kepada insan2 jahil ini pulanglah ke pangkal jalan. Masuk sekolah pondok dan belajar mengaji Alif Ba Ta jangan lupa ambil air sembahyang dan niatnya sekali semoga pintu hati anda dibuka oleh ALLAH untuk bertaubat. TAKBIR!!!

Hello world!

Posted in Uncategorized on Januari 16, 2010 by awana biru

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!