LAWAN TETAP LAWAN

Angin bertiup kencang membawa berita gembira bahawa DUN Perak akan dibubar dalam masa terdekat ini, jika benar ianya terjadi maka satu lagi tsunami politik akan berlaku di Malaysia. Rakyat akan terus memberi sokongan pada Pakatan Rakyat untuk meneraju kerajaan negeri, rekod baik Pakatan Rakyat memberi kelebihan untuk mengambil hak mereka kembali yang dirampas oleh kerajaan BN satu ketika dahulu.

Rakyat tidak lagi buta seperti dulu, rakyat tidak lagi memandang pada pembangunan yang akhirnya akan merugikan wang rakyat. Rakyat sudah celik untuk menilai pemimpin yang jujur dan amanah membawa suara keramat rakyat ke muka pengadilan, supaya suara keramat ini didengar dan diberi perhatian. Politik perkauman sempit yang diamalkan oleh BN tidak lagi mendapat sokongan rakyat, badan-badan NGO juga senada dengan rakyat cuma BN yang ‘hidung tak mancung,pipi tersorong-sorong’.

Tak pelah,biarlah mereka dengan amalan korupsi mereka, biar rakyat tengok dan menilai politik kotor mereka itu. Rakyat akan menghukum BN pada pilihanraya DUN Perak nanti, rakyat akan tanam jauh ke dalam tanah BN dan kroni-kroni mereka juga.  Menjadi cacing kepanasan lah jawabnya kroni BN, projek-projek mega tak lagi menjadi milik mereka.

Belum selesai lagi krisis di Perak, mereka bercita-cita ingin merampas Selangor pula. Amalan BN, merampas hak orang lain dan menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat hanya semata-mata untuk kuasa dan membelot segala apa yang ada walaupun tanah sekangkang kera.

Di Selangor Dr. Xavier Jayakumar menjadi sasaran dengan tuduhan menyeleweng wang peruntukan untuk sekolah Tamil, tiga NGO yang mendapat peruntukan itu mengaku menerima dan membelanjakan wang dengan sebaiknya. Salah seorang orang kuat mereka dengan rela hati meminta dirinya disiasat jika perlu, jadi tiada penyelewengan terjadi cuma tuduhan untuk menjatuhkan kerajaan Selangor sahaja.

Selepas itu isu pasir pula dipanaskan sehingga pembantu exco ditahan untuk siasatan tapi umum sudah mengetahui tiada salah laku berlaku, cuma mainan politik kotor sahaja untuk merampas kerajaan Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim. Siapa pula selepas ini? Rakyat ingin tahu apa lagi helah yang akan digunakan oleh BN?

Walau apa pun terjadi pemimpin,ahli dan penyokong PR tidak akan mendiamkan diri. Kami akan bangkit menentang kerajaan BN dengan niat kotornya itu. LAWAN TETAP LAWAN!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: