Archive for the Rasa Hati Ini Category

KECEWA DGN PERJALANAN MESYUARAT AGONG TAHUNAN PKR CABANG KUALA SELANGOR

Posted in Rasa Hati Ini on Mac 14, 2010 by awana biru

Selepas pulang dari menghadiri mesyuarat agong tahunan sebentar tadi ini tak berhenti-henti bertanya adakah yang berlaku tadi adalah mesyuarat agong tahunan atau mesyuarat persatuan penduduk?… Atau mesyuarat PIBG sekolah atau mesyuarat Ketua Kampong…. Atau apa-apalah sajelah yg dilabelkan kerana mesyuarat agong ini berjalan tanpa Notis kepada ahli-ahli, hanya hebahan di media cetak. Jadi dimana keberkesanannya mesyuarat ini? Dari awal lagi sudah tidak betul maka perjalanan dan sudah pasti penghujungnya tidak betul… Bukankah pemberian notis (sekurang-kurangnya 14 hari) ini termaktub di dalam perlembagaan parti, bila ditanya jawabnya lain. Apa semua ini??? Ini bukan parti Tupperware la….

Keadaan mesyuarat ini berlangsung tidak teratur, orang ramai keluar masuk dewan sesuka hati, ahli yang baru berdaftar pun dibenarkan masuk. Tiada usul yang dapat diutarakan, tiada usul yg dibincangkan….Microphone pon dijaga? Ape ni??? Mana kebebasan bersuara? Dimana letaknya hak sebagai ahli berdaftar??? Kalau benda ini terus berlaku nampaknya memang sepenggal jelah PKR memerintah Selangor apatah lagi menguasai Putrajaya! Mimpi di tepi sungai yang penuh buaya!

Dikatakan ahli PKR Cabang Kuala Selangor ada dalam 4000++ tapi yang hadir tak sampai 10%, mula-mula pengerusi mesyuaratkata 100 lebih…tiba-tiba ada sorang ni bawa kertas kata ada 300 lebih pulak tapi orang yang terakhir mendaftar masuk ialah ke 241! Jadi yang mana satu yg betul??? Walau ape pon jumlah itu masih kecil dari jumlah ahli keseluruhannya. Dimana salahnya? Sebab notis tidak diberi! Perlembagaan parti campak kt mane??? Notis mesyuarat ¬†agong tahunan untuk tahun 2008 pon tidakdilampirkan sekali.

Ini cabang Kuala Selangor yang diterajui oleh MB Selangor sendiri, pengurusan perjalanan mesyuarat ini amat mengecewakan…. Mesyuarat agong tahunan pon tak boleh handle ker??? Sedih la….

Tinted Film

Posted in Rasa Hati Ini on Januari 19, 2010 by awana biru

Dalam berita Arus perdana kecoh tentang ‘tinted film’ gelap atau cermin kereta gelap, sesiapa yang didapati bersalah memakai cermin gelap akan disaman dan kenderaan mereka perlu diperiksa semula. Bunyinya macam agak menggerunkan para pengguna jalan raya yang rata-rata gemar cermin kereta mereka digelapkan untuk tujuan tertentu, samada baik atau tak baik tak dapat dipastikan tapi pihak berkuasa mengatakan bahawa sesiapa didapati menggelapkan cermin kenderaan mereka akan dikenakan tindakan undang-undang tetapi yang peliknya tiada undang-undang atau peraturan atau akta yang boleh mendakwa mereka yang menjual tinted film itu.

Pelik….tiada undang-undang yang boleh menyekat penjual ‘tinted film’ ini, sudah tentu mereka akan meyakinkan pembeli yang barang jualan mereka itu sah disisi undang-undang. Sudah tentu mereka akan cerita yang elok-elok, mereka hanya inginkan keuntungan. Pengguna yang percaya akan membeli tapi bila berhadapan dgn pihak berkuasa,pengguna akan dikenakan tindakan. Pengguna yang akan disalahkan, JUGA.¬† Tiada undang-undang/akta yang dapat mengelakkan pengguna daripada disalahkan, seolah-olah pengguna berada di tengah-tengah, ditipu oleh peniaga/pengedar dan menanti untuk dikenakan tindakan dari pihak berkuasa. Tanya pada peniaga mereka akan jawab “Saya mana tau,saya jual juga”, tanya pada pihak berkuasa jawabnya “Saya cuma buat kerja saya”

Jadi salahkah pemilik-pemilik ‘spa’,kedai judi komputer,tokey Dvd haram,tokey barangan tiruan??? Mereka hanya menjual atau memberikan dan menyediakan servis yang ‘diperlukan’, salahkah mereka-mereka ini???

Takdir Ilahi atau Salah Manusia?

Posted in Rasa Hati Ini on Januari 18, 2010 by awana biru

Malang memang tak pernah berbau, kalau boleh dihidu bukan malang la namanya tapi kadang-kadang malang boleh menimpa pada seseorang dgn kerap dan bersilih ganti. Mengapa? Adakah ianya takdir atau kebetulan ATAU keturunan? Ada ke malang penyakit keturunan? Entah lah di dunia yang serba moden ini macam-macam boleh jadi. Mengapa kita selalu menyalahkan takdir jika terjadi sesuatu yang tidak diingini, mengapa tidak disalahkan diri sendiri yang lalai dan leka dengan segala suruhanNya.
Allah sentiasa merancang yang terbaik untuk hambaNya cuma manusia sahaja yang tidak perasan atau sedar, bila dilimpahi rezeki mencurah-curah manusia lupa dan alpa. Segalanya diambil mudah, duit banyak. Semua boleh bayar, makan tempat yang ‘high standard’ cerita bab juta-juta, kereta mewah sahaja. Ada ingat pada yang memberi rezeki? Pada insan yang tak senasib dan malang? Memang ada tapi boleh dikira dgn jari, lebih ramai yang akan merasa hidungnya lebih mancung dari jiran sebelah rumah walaupun hidung macam jambu air. Setiap yang hidup pasti mati, setiap yang naik pasti turun malah air sungai yang melimpah-limpah di musim hujan pun akan menjadi kering di musim kemarau. Setelah rezeki ditalik balik maka dah tak ada ‘steak house’, ‘starbucks’ ataupun ‘Merc Benz’, semua yang senang akan jadi susah sebab duit tak cukup untuk menyara diri. Nak kena bayar itu dan ini, bila tak boleh bayar macam-macam benda rumit jadi maka ‘malang’ pun menimpa tanpa belas kasihan. Malang datang tanpa diduga apatah lagi diundang, ianya cuma ujian tapi dianggap malang hanya sebab tidak boleh terima kenyataan diri dah manjadi susah. Inilah ciptaan Allah bernama manusia, bila senang lupa diri bila susah salahkan takdir Tuhan sedangkan Allah menyuruh kita mengubah hidup kita jika mahu sesuatu yang lebih baik atau dihormati jangan hanya duduk dan tunggu orang lain tegur kita serta hormat kita. Kita yang perlu hormat orang lain dulu barulah kita akan dihormati tapi jangan pula jangan terlalu menghormati nanti akan diambil kesempatan pula. Dah nama manusia pantang ada insan lain buat baik ada je akalnya nak pijak kepala. Buat-buat tak sedar Allah melihat setiap inci perlakuannya, baik atau buruk.
Maka jangan lah kita selalu lupa bahawa yang baik itu semuanya datang dari ALLAH dan yang tak baik itu datangnya dari diri kita sendiri.